fbpx

Jika anda tinggal di kawasan perumahan seperti flat, apartment dan kondominium, masalah pembuangan sampah dari penghuni tingkat atas ada ketikanya boleh memeningkan kepala.

Tidak mahu masalah itu terus berlarutan ada juga yang cuba mengambil inisiatif sendiri untuk menasihati jiran-jiran yang mungkin terbuang sampah tanpa sengaja dari tingkat.

Menegur jiran buang sampah

Menerusi perkongsian Van J Edward di facebook, beliau berkongsikan beberapa gambar pertelingkahan tiga penjuru antara jiran-jiran mengenai sampah berupa seluar dalam yang dibuang daripada tingkat atas.

Pertelingkahan itu bermula apabila mangsa yang terpaksa menerima sampah di tingkat bawah itu menghantar satu nota dan membungkus kembali sampah yang dibuang itu kepada penghuni yang berada di atasnya.

Bukan milik saya

Walau bagaimanapun, jirannya itu kemudian membalas kembali nota terbabit dan menjelaskan bahawa sampah itu bukan miliknya seperti yang didakwa.

Maaf buat anda bergaduh

Melihat gelagat kedua-dua jiran ini, tampil pula seorang lagi jiran atau dalam kisah ini penghuni ketiga akhirnya mengaku seluar dalam itu adalah miliknya!

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah dia pun turut sama-sama menyertai ‘drama surat ‘ tersebut dengan meninggalkan nota kepada kedua2 jiran itu untuk memohon maaf sambil menjemput mereka berdamai dengan menikmati KFC bersama-sama.

So sorry abang-abang gaduh sebab spender saya. Cerita sebenarnya adalah saya jemur spender saya pada waktu siang, malangnya angin very kuat dan menyebabkan spender saya ter-fly (terbang) ke unit mangsa.

Lagipun saya hanya tahu spender Uniqlo saya hilang pada hari kedua. Bukan salah penghuni pertama dan penghuni kedua. Salah angin kuat.

Sebagai tanda kemaafan saya ingin menjemput abang-abang untuk makan malam KFC secara percuma.

[fbcomments]