Siti Nur Atina iaitu kakak kepada Youtuber terkenal, Asif Suhami telah membongkar satu tindakan buruk ayah kandungnya apabila tergamak seorang bapa menggunakan separuh daripada duit gaji yang diterima oleh anaknya untuk kegunaan yang sia-sia dan merbahaya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook, kakak kepada Asif mendedahkan bahawa bapa mereka telah menggunakan duit Asif untuk membeli dadah dan juga berjudi.

Terjadi Sejak Tahun 2019, Kini Atina Mampu Bersuara Melawan Bapa
Menurut kenyataan Atina di laman Facebooknya, perkara ini telah terjadi sejak tahun 2019 lagi, dan dikatakan bapa beliau mendesak anak mereka yang OKU itu untuk mengugut Syahmi, bos kepada produksi Asif untuk memberikan bayaran walaupun bukan waktu menerima bayaran.
Lebih menyayat hati apabila bapa sendiri sanggup menyebar fitnah keatas Atina dengan mengatakan beliau mengambil hasil duit kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli untuk menutup kelakuan kejinya itu.


Walaupun OKU, Asif Pernah Dapat Anugerah Di ABPBH
Asif Suhaimi atau nama sebenar beliau Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan seorang pelakon Youtuber yang sering terlibat dalam projek drama pendek dari produksi Syahmi Syazli.
Beliau juga merupakan remaja OKU yang turut memenangi trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020.
Kredit: Facebook Siti Nur Atina