fbpx

Aeril Zafrel mengakui Sophia Albarakbah mempunyai tarikannya tersendiri. Karakternya yang baik dan manja sememangnya mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang mengenalinya.

Sophia Albarakbah terpalit dengan kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Alif Aziz.

Pernah bergandingan bersama Sophia dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021, Aeril atau Suhairil Sunari, 35 mengakui pelakon itu memiliki karakter mempersona dan menyenangkan.

“Pada pendapat saya dia seorang yang baik. Lagipun dia agak manja, sama ada dalam karakter atau luar karakter. Kalau orang yang senang terasa mungkin senang untuk jatuh hati.”

“Itu pendapat sayalah. Tapi kita anggap perkara itu hanya kawan sahaja. Cuma jangan ada salah faham sahaja,” katanya ketika ditemuramah mStar.

Akan terus terang dengan pelakon wanita

Aeril juga memberitahu, jika caranya, dia akan berterus terang kepada heroin bahawa hubungan mereka di set penggambaran adalah atas dasar kerja.

Ini kerana, Aeril pernah disalahanggap mengurat apabila menunjukkan kemesraan ketika berlakon di set.

“Saya akan cakap dengan heroin, kita hanya berlakon dan tak lebih daripada itu. Sebab pernah terjadi, saya lupa bagitahu. Ada pelakon wanita ingat saya nak try dia.”

“Mungkin saya terlalu membawa karakter sehingga di belakang kamera membuatkan dia salah sangka. Sejak itu saya akan berterus terang sahaja.”

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan pasangan yang sangat romantis dan diminati ramai

Aktor itu juga mengakui dia dan isterinya sangat berterus terang kepada satu sama lain. Mereka juga percaya dan transparent terhadap satu sama lain.

Kalau nak curang, dalam waze pun boleh

“Godaan tu tetap ada. Bergantung kepada kita nak layan atau tidak. Kalau orang nak curang tak perlu di Instagram, di Waze pun boleh curang

“Saya tidak boleh benda tu(curang). Ramai yang bergantung harap kepada saya. Kalau nama saya tercemar, ramai yang akan menanggung kesannya.”

Info tambahan, Aeril Zafrel bakal membintangi drama Serpihan Sayang bersama Fasha Sanda yang akan disiarkan bermula 22 Februari depan, dari Isnin hingga Khami, “10 malam di TV3.

Sumber: mStar

[fbcomments]