fbpx

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.

Menurut sumber, setakat ini tiga pegawai penguatkuasa berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua penguatkuasa dari Cawangan Sg. buluh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

Penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan. Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

[fbcomments]