Tidak hanya berdiam diri dan menutup mata, pendakwah bebas yang kini semakin dikenali ramai, Ustaz Ebit Lew telah mengambil jalan untuk giat membantu mereka yang berada dalam kesusahan bagi meneruskan hidup.
Tidak kira dimana sahaja, pasti beliau akan datang turun sendiri ke padang melihat dan membantu walaupun sehingga ke pedalaman kampung sekali pun.
Apa yang lebih menariknya lagi, beliau turut membantu tidak kira bangsa dan agama. Sikap mulia Ustaz Ebit ini telah mendapat pujian dari ramai orang termasuk bangsa Cina dan India sekalipun.
Meninggalkan isteri dan anak-anak
Ustaz Ebit mengakui kerana kesibukannya membantu mereka yang di luar sana, dia sehingga tidak berada di rumah selama berhari-hari dan tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya.
Niat baik di salah erti
Siapa saja yang tidak sedih jika niat baik yang dilakukan telah di salaherti. Hal ini turut dirasakan oleh Ustaz Ebit Lew sendiri apabila ada beberapa pihak yang menyindirnya dengan mengatakan bahawa segala kebaikan yang dilakukannya adalah perbuatan riak.
Di dalam Instagramnya itu, beliau turut berkongsi kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri tersayang yang dipanggil sebagai bidadari itu telah berjaya menyentuh hati ramai orang.
“Jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa.”