Hasrat seorang lelaki bersama anaknya yang ingin meminta bantuan dari Baitumal Johor tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunggangnya itu mengalami kerosakan dan terbakar.

Malah difahamkan sebelum terbakar, mereka telah tersesat jalan dan terpaksa memberhentikan motosikal setelah mengalami kerosakan di lorong motosikal di Plaza Tol Senai.

Terkena percikan api

Menerusi kenyataan dari Polis Daerah Kulai, berlaku percikan api dari arah enjin dan mengakibatkan motosikal yang mereka naiki terbakar.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Mohd Redzuan yang kebetulan sedang bertugas di sekatan jalan raya, segera bergegas ke kawasan tersebut bagi memberi bantuan.

Diatas ketangkasan anggota tersbut, kebakaran itu berjaya dipadamkan. Namun apa yang sedihnya, motosikal yang ditunggang oleh bapa berusia 30-an yang merupakan warga orang asli itu bersama anaknya yang berumur enam serta lapan tahun tidak dapat diselamatkan kerana api marak dengan cepat sekali dan memusnahkan keseluruhan.

[fbcomments]