Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganggnya terbabas akibat hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Marina, Miri, Sarawak pada awal pagi Selasa.
![]()
Maut Di Tempat Kejadian
Memetik laporan Majoriti Official, mangsa yang berumur 19 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah yang dialaminya.
Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam dan difahamkan motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh beberapa batang pokok di bahu jalan. Akibat daripada kemalangan itu, mangsa dikatakan terpelanting dan motosikalnya terbelah dua.
![]()
Kepala Terputus Dan Organ Dalam Terkeluar
Mengulas lanjut, susulan kemalangan itu dikatakan kepala mangsa juga terputus dua dan beberapa organ dalamannya turut terkeluar di atas jalan.
Setakat ini, mayat mangsa dilaporkan sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Kredit: Majoriti Official