Pasangan Sweet Qismina dan Adam Lee sememangnya mempunyai ramai peminat dan sentiasa menjadi perhatian warganet.
Terbaharu, mereka telah memuat naik video terlanggar antara satu sama lain disertaka foto-foto perkahwinan mereka. Video tersebut disertakan kapsyen iaitu ‘Semua dah rancang, kita je lalai.’
Selain lambakan peminat dalam dan luar negara yang memuji kecomelan pasangan tersebut, ada juga yang sedar akan penampilah Sweet Qismina yang tampak berbeza.

Ramai yang mendakwa ternampak baby bump dan mendakwa Sweet sedikit berisi dan seakan-akan sedang berbadan dua.

Namun begitu, belum ada kenyataan dikeluarkan artis itu sendiri.
Sekadar info, Adam dan Sweet bergelar suami isteri pada 24 Oktober 2022 setelah setahun mengikat tali pertunangan.