fbpx

Pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tidak reda lagi. Lebih menggemparkan apabila Puteri Sarah telah memuatnaik kenyataan di laman Instagram miliknya yang mengatakan bahawa dia ingin dilepaskan.

Puteri Sarah memuatnaik fotonya bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan kapsyen:

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang.

“saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.”

Tak terima dimadukan

“Saya tak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat yg sebenar. Me and my kids are done with 4 years of being mentally tortured.”

Begitulah luahan hati Puteri Sarah yang telah membina rumah tangga bersama Syamsul selama 8 tahun.

Dia juga pernah memuatnaik video berdurasi 8 minit 38 saat yang menyangkal dakwaan Syamsul Yusof bahawa dia tidak pulang ke rumah. 

Dalam video itu juga, Puteri Sarah ada menyatakan bahawa dia di ‘block’ oleh Syamsul yang menyebabkan dia tidak dapat untuk menghubungi Syamsul dan berbincang.

Syamsul juga ada memuatnaik gambar di laman Instagramnya hari ini yang meminta agar isteri-isterinya tenang dan bersabar menghadapi ujian ini.

Syamsul telah mengumumkan perkahwinannya dengan Ira Kazar pada Jumaat yang lepas. Perkahwinan yang berwalikan ayah Ira, Kazar Saisi itu tidak diketahui oleh keluarga pihak lelaki dan mereka hanya mengetahui melalui Instagram Syamsul.

Semoga Puteri Sarah mendapat ketenangan dan penyelesaian dalam hubungannya. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

[fbcomments]