Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang juga merupakan bekas menteri berusia 27 tahun ini akhirnya mengesahkan beliau akan menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda.

Syed Saddiq mengisyaratkan hal ini selepas beliau menjadi satu-satunya bekas ahli parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak bergabung dengan parti baru bekas perdana menteri itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.
Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.
Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama.