fbpx

Semalam Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita gembira tentang status terkini Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman yang sudah berkahwin dengan lelaki idamannya. Sekeping foto dimuat naik di laman Instagram oleh beliau mendedahkan bahawa dirinya kini bergelar isteri orang dan telah bernikah di luar negara.

Majlis Dibuat Secara Tertutup Untuk Keluarga Dan Kawan Rapat Sahaja

“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat”, ujar Mizz Nina kepada media. Istimewanya hubungan beliau bersama suami adalah kerana mereka mempunyai matlamat yang sama dalam usaha berdakwah.

Identiti Essam Muhammad Dibongkar

Ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya dengan identiti suami baru Mizz Nina dan semalam media mendedahkan bahawa Essam Muhammad ialah seorang penyanyi berasal dari Amerika Syarikat yang berketurunan Maghribi. Menurut kajian Mstar, Essam adalah seorang penyanyi dan penulis lirik yang sudah memulakan kerjayanya pada tahun 2016 dengan keluaran video bertajuk West Is My Home.

Tambahan lagi, Essam juga banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain kerap diundang untuk berkongsi pengalaman dan memberi inspirasinya kepada komuniti Islam di serata dunia.

Bakal Adakan Majlis Resepsi Di Kuala Lumpur Dalam Masa Terdekat

Menurut Mizz Nina, beliau juga memaklumkan bahawa majlis akan dibuat di Kuala Lumpur tidak lama lagi. “Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah”, ujarnya.

Sekadar info tambahan, Mizz Nina juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh pada tahun 2011 dan telah mengakhiri rumah tangga mereka pada Ogos 2022.

Kredit: Mstar, Instagram Officialmizznina

[fbcomments]