fbpx

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Raja Shamri telah memuat naik sebuah posting berkenaan dirinya yang berasa hiba dengan luahan anak angkatnya bernama Hafiz Danial.

Anak angkatnya itu menyatakan dirinya tidak pernah dipeluk sesiapa memandangkan dia seorang yatim piatu.

Bapanya telah meninggal dunia sejak dia di usia kecil manakala ibunya pula menghembuskan nafas terakhir pada tahun lalu kerana mengalami pelbagai penyakit.

Menurut Raja sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, beliau terasa ingin memeluk anak itu dan ternyata saat mereka berpelukan, terdapat satu perasaan yang luar biasa.

Ikuti perkongsian beliau:

Lepas solat isyak berjemaah tadi terasa macam nak peluk dia. Subhanallah … Allah berikan satu perasaan luar biasa dalam diri saya.Rasa berdebar dan terharu sangat.

Rasa macam satu perasaan pelik. Terasa seperti ada bnyk mata yg memerhati dan berada di sekeliling. Tiba-tiba diri ini pulak yg terasa malu dan terasa hina. Jika diri ini berada di tempatnya, yatim piatu dan miskin adakah orang yg akan menyayangiku seperti ini. Apatah lagi jika cacat tak ada kaki sebelah macam diri ini.

MasyaAllahh …

Anak yatim piatu ini tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ayahnya meninggal sewaktu adik Hafiz masih baby. Masa itu ayah dan ibunya kak rohana bekerja sebagai buruh binaan di Sarawak. Bila Ayahnya meninggal, kak Rohana bawak adik Hafiz kembali je kampungnya di pedalaman Kelantan.

Kak rohana adalah asnaf yg Kita sama-sama bantu satu masa dulu. Kak Rohana meninggal dunia akibat pelbagai penyakit 2 Bulan Lepas setahun selepas Kita bina sebuah rumah utknya menggantikan rumah lamanya yg sangat uzur.

Anak ini tak pernah sesiapa peluk macam ni. Dia bisikkan Kat saya tadi …”Tak ada sesiapa pernah peluk saya macam ni,” katanya.

Hati ni jadi sebak tak terucap. Dia bukan darah daging saya tetapi terasa seperti ada amanah Allah untuk Saya sempurnakan. Untuk Kita sama-sama rebutkan saham akhirat darinya.

Saya usap ubun ubunnya dan bisikkannya nasihat dan doa. Terdiam dia bila dipeluk sebegitu. Jauh di sudut hati saya agar dia dapat rasakan erti kasih sayang dan perhatian. Dulu sewaktu dalam ceramah saya, selalu saya kongsikan kepada parents supaya peluklah anak-anak kita sebelum mereka dipeluk.

Semoga Allah ampuni dosa2 Kita dan berikan kita semua peluang untuk sama2 sebarkan gelombang kasih sayang ini sejauhnya dan mengumpul saham akhirat sebanyaknya sebagai bekalan.

Kesiannya adik ni. Masa kecik tak pernah dipeluk daripada orang sekeliling. Semoga ada sinar buatnya dan bahagia sepanjang masa. InsyaAllah.

[fbcomments]