fbpx

Jika sebelum ini usahawan kosmetik Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di laman Instagram, terkini pelakon Tiz Zaqyah pula menerima kecaman warganet sebab tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review).

Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung.

Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain.

[fbcomments]