fbpx

Nabila Huda mempertikaikan tindakan sesetengah sekolah yang mengenakan yuran secara penuh walaupun pembelajaran kini diadakan secara dalam talian.

Menurut aktres itu, dia membangkitkan perkara itu kerana merasakan kaedah dalam talian kurang berkesan berbanding pembelajaran secara bersemuka.

Kelas dalam talian tapi tetap kena bayar penuh, tak masuk akal langsung. Sekolah pun tutup, bukan ada orang guna kemudahan, cuma nak bayar gaji cikgu.

Kenapa kita nak kena terus membayar kalau macam ini. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan kelas dalam talian.

Kelas secara dalam talian tidak 100 peratus berkesan untuk anak perempuan saya.

Justeru, dia meminta pihak terlibat untuk bertolak ansur dengan ibu bapa dan memahami situasi yang perlu didepani mereka ketika ini.

Kepada semua ibu bapa, sudah sampai masanya kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tak ada sesiapa pun nak bantu selesaikan masalah dari tahun lalu.

Kamu bayar RM18,000 untuk kelas dalam talian setahun? Tak masuk akal.

Tak bolehkah sekolah juga bertolak ansur, faham situasi kami macam kami faham sekolah nak kena bayar gaji cikgu?…Ini tidak adil untuk kami.

[fbcomments]