Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit.
Pesakit yang memerlukan ubat susulan kini tidak perlu lagi menghadiri fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat, sebaliknya hanya tunggu ubat-ubatan anda di rumah.
KKM tanggung kos penghantaran
Malah, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos.
- Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan
- Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi
- Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan
- Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan penghantaran pos laju
Bergantung kepada farmasi di fasiliti kesihatan berhampiran, anda boleh menghubungi mereka 7 hari sebelum ubat anda habis (hari bekerja). Anda perlu emelkan gambar kad pengenalan, gambar preskripsi ubat hadapan dan belakang, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat terkini.
Contoh preskripsi hadapan dan belakang
Walaubagaimanapun, penghantaran hanya melibatkan ubat-ubatan jenis tablet dan kapsul sahaja.