fbpx

Sejak beberapa hari ni tular video pasangan remaja yang masih belasan tahun itu sedang bercumbuan.

Malah semalam, penyanyi Nora Ariffin mengaku bahawa di dalam video tersebut adalah anak perempuannya.

BACA : “Saya Mengaku Itu Anak Saya” – Nora Akui Video Viral Bercumbu Itu Adalah Anaknya

Harus diberi pengajaran

Terbaru ini, anak lelaki Nora pula meluahkan rasa kecewa dengan sikap adiknya itu. Dia sebagai seorang abang turut bertanggungjawab memberi pengajaran kepada adik-adiknya.

Dia turut memaklumkan bahawa perbuatan adiknya dan remaja lelaki itu sememangnya salah dan mengaibkan. Namun begitu, dia meminta agar orang ramai menghentikan tohmahan kepada ibunya kerana yang melakukan kesalahan tersebut adalah adik serta remaja lelaki tersebut.

Ye adik aku salah. Dua-dua salah sebab buat dosa. Pastu laki tu post kat socmed. Tu je point aku. Yang kena bash adik and mak aku je. So bukan aku yang tak fair ye.

Bukan hanya satu video, tetapi lebih!

Dia turut memaklumkan bahawa mereka akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki dan akan menyelesaikan masalah ini agar tidak terus menular kerana bukan hanya satu video sahaja tetapi lebih daripada itu.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat abang remaja ini, rata-rata warganet telah memberikan kata-kata semangat untuknya.

Mereka juga berharap agar kejadian seperti itu tidak berulang kerana ianya memberi kesan buruk kepada keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Semoga perkara ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Bukan hanya sekadar menuding jari, namun kita semua haruslah memainkan peranan penting terutama ibu bapa yang mempunyai anak. Tidak kira anak perempuan mahupun lelaki,

[fbcomments]