Jodoh, ajal maut dan rezeki adalah rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Kita sebagai hambaNya tidak dapat menolak andai ajal telah menjemput insan tersayang dari hidup kita.
Begitu juga yang berlaku pada Nuna, seorang pengguna Twitter yang telah berkongsikan kejadian yang menimpa keluarga mertuanya ketika dia dan tunang sedang menghitung detik untuk disatukan.
Ibu mertua meninggal kemalangan
Menurut Nuna, ibu mertuanya telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia sehari sebelum dia dan suami bernikah.

Tarikh yang banyak kenangan
Menurutnya lagi, pada tarikh pernikahan mereka itu sememangnya menyimpan banyak kenangan yang melibatkan dia dan suami. Namun, tidak menyangka bahawa tarikh tersebut juga adalah tarikh paling sedih buat mereka terutamanya keluarga suami.

Akan jaga anak ibu dengan baik

Nuna turut memohon agar sesiapa yang membaca perkongsian ini dapat sama-sama sedekahkan Fatihah buat roh ibu mertuanya.