fbpx

Bermula hari ini, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak ditutup serta merta seleps notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Menelan kos RM520 juta

Terdahulu, taman tema yang menelan kos RM520 juta itu dikatakan tidak akan ditutup walaupun gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).

Namun ada juga dakwaan mengatakan bahawa punca penutupan taman tema yang mula dibuka pada Jun 2017 adalah kerana kegagalan mentadbir.

Merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia

Dibuka pada 26 Jun 2017, MAPS menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks.

Pihak MAPS yakin taman tema ini dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung sehingga akhir tahun 2017 selepas dibuka kepada umum.

Tapi malangnya, ramai tidak berpuas hati dengan harga tiket MAPS yang dikatakan terlalu mahal pada mulanya.

Ditutup sehingga dimaklumkan kelak 

Walau bagaimanapun, katanya penutupan ini bukanlah berkekalan dan akan dibuka semula sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada 4 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

Sumber : Metro, Kapital.my

[fbcomments]