Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugutan keterlaluan yang mengancam keselamatan dirinya, anak dan isteri.

Tidak mahu berdiam diri, Syamsul tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang berkenaan mesej ugutan yang diterimanya melalui akaun bernama ‘Velvelblackkl’ di laman sosial Instagramnya.

Isteri pernah di ikuti lelaki berbadan besar

Saya pernah melihat akaun Instagram itu awal tahun lalu, tapi tak terlalu bagi tumpuan pun. Tapi, semakin lama dia semakin berani mengugut

Menurut Syamsul, isterinya juga pernah diekori individu tidak dikenali kira-kira sebulan lalu.

Waktu itu, Sarah memaklumkan dia diekori individu tidak dikenali yang bertubuh besar dan memakai gelang. Pada waktu itu lagi saya sepatutnya sudah buat laporan polis.

Tampil bersemuka dengan saya, jangan sentuh keluarga

Saya tak tahu sama ada dia bermusuh dengan saya atau apa, tapi yang pasti mesejnya berbaur ugutan dan mengancam keselamatan saya serta keluarga. Ia sangat keterlaluan

Beliau turut menegaskan kepada mana-mana individu yang tidak puas hati dengannya, untuk tampil dan berjumpa sendiri dengannya.

Kalau tak puas hati, jumpa saya depan-depan. Saya sanggup mati, tapi jangan sentuh anak dan isteri saya! Saya sudah lama bersabar, jadi saya takkan jadi ‘Mr Nice Guy’ lagi selepas ini kerana ini sudah melampau.

[fbcomments]