fbpx

Bengang di atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Rita terhadap dirinya, kini bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil bersuara.

Dr Che Muhammad Hafiz meminta Rita supaya tidak masuk campur dalam urusan peribadi dia.

BACA: Jadilah Khinzir, Tenuk Kalau Tak Pandai Bagi Nafkah Anak – Rita Rudaini

Menurut beliau lagi, Rita bukanlah orang yang sesuai untuk memberi sebarang komen berhubung nafkah atau apa saja urusan rumahtangganya lebih-lebih lagi mereka langsung tidak mempunyai kaitan apa-apa.

Tambah Dr Che Hafiz lagi, dia sedar atas tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk camput dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu. Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia. Apa yang terjadi, hanya Allah saja mengetahui. Saya berserah dan sentiasa berdoa kepada Allah.

[fbcomments]