Padah bercakap terlalu kuat ketika berbual di telefon, seorang pembantu kedai perabot cedera ditetak oleh rakannya serumahnya sendiri di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Ditetak tiga kali di kepala

Difahamkan punca kejadian adalah kerana tidak mahu menerima teguran daripada rakannya untuk memperlahankan suaranya ketika berbual menerusi telefon di dalam biliknya malah dia memarahi rakannya itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Akibat berang mendengar kata-kata berkenaan, rakannya mengeluarkan parang dari dalam seluarnya dan menetaknya di bahagian kepala sebanyak 3 kali. Takut dengan tindakan kawannya itu, dia dikatakan berlari menyelamatkan diri.

Kini mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan berada dalam keadaan yang stabil. Hasil siasatan mendapati mangsa sebenarnya mempunyai 15 rekod lampau yang berkaitan dengan dadah.

Malah polis turut merampas sebilah parang panjang kira-kira 37.7 sentimeter yang ditemui di lokasi kejadian.

[fbcomments]