fbpx

Seorang lelaki berbangsa Melayu bersama rakannya telah ditahan bagi membantu siasatan diatas kehilangan seorang wanita yang dilaporkan pada 1 Mac 2021.

Hasil siasatan awal, pihak polis melaporkan bahawa wanita berusia 38 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumah sekitar jam 2 pagi selepas berselishih faham dengan suamiya.

Atas sebab itu, pihak polis telah menahan lelaki tersebut bersama rakannya bagi membantu siasatan.

Punyai rekod jenayah

Difahamkan lagi oleh pihak polis Johor, suspek yang juga merupakan suami kepada wanita itu turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Suami mengaku bunuh isteri kerana cemburu

Walau bagaimanapun, semasa dalam siasatan, suami wanita berkenaan telah mengakui membunuh isterinya kerana cemburu.

Suspek telah menembak mangsa dengan senapang angin ketika tidur sebelum membalut mayat menggunakan cadar.

Mayat mangsa telah dimasukkan ke dalam tong air sebelum dibawa ke kawasan ladang di Bandar Penawar dan ditanam  menggunakan jengkaut dibantu oleh seorang teman kepada suaminya.

[fbcomments]