fbpx

Pelakon Dini Schatzmann ada berkongsi foto raya yang telah dipotong, menampakkan bahu dan lengan seorang wanita berbaju ungu.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu, Dini, 29 memakai baju melayu berwarna kelabu tersenyum lebar sambil dipaut lengan oleh wanita tersebut.

Kapsyen potong kaki

Lebih menarik perhatian ialah kapsyen yang disediakan Dini melalui gambar tersebut.

” 1: Saya terlalu gembira. 2: Dia meminta saya untuk menjaga kelakuan 3: Dia tanyakan jika saya mencintainya untuk kali ke  1 780 166 kali.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang membuat telahan gerangan wanita tersebut ialah Janna Nick. Ini kerana, Janna pernah memuat naik foto dengan busana yang sama pada Ahad lepas di Instagramnya.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir pada Disember lalu. Namun, Dini bertindak mengambil langkah berdiam diri tentang status sebenar hubungan mereka.

Dini juga berkata bakal berkongsikan khabar gembira tidak lama lagi yang dipercayai tentang hubungannya dengan Janna.

Sumber: Instagram dinischatzmann

[fbcomments]