fbpx

Hari ni tersebar gambar-gambar di media sosial yang memaparkan kawasan di sekitar pasar borong Selayang dikatakanya telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Ini kerana kerajaan telah mengumumkan PKPD bakal dikenakan keatas Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.

Bertindak tegas menutup secara total…

Beberapa keping gambar sekitar Selayang yang memaparkan seolah-olah dikepung oleh kawat besi teah tersebar meluas di Facebook dan beberapa laman media yang lain.

Tentera Malaysia bertindak tegas menutup terus secara total Pasar Borong Selayang selepas Warga asing merosakkan barrier…

Posted by Malaysia Military Power on Ahad, 19 April 2020

Walau bagaimanapun, terdapat juga warga asing bertindak merosakkan penghalang yang dipasangan sekitar Pasar Borong Selayang sejak semalam.

Untuk pengetahuan, kawasan sekitar Selayan merupakan kawasan keenam dalam negara yang dikenakan PKPD.

[fbcomments]