Etika jual dan beli hendaklah dibuat dengan penuh kejujuran kerana ia melibatkan maruah seseorang penjual dan pembeli, terutamanya dalam bidang F&B. Namun baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita yang memuat naik video tentang burger segera yang dibeli di kawasan R&R ditemui dengan puluhan ulat di dalam burger daging tersebut.

@jemahbukanaku

HATI³ LAH KORG YE,YG SINGGAH RNR TU KALO NAK BELI MAKANAN SEGERA TU CEK LAH BETUL³..NI PENAYA ORG NI.KEJADIAN TERKENA PD SOBAT AQ SNDIRI.korg xnak tau ke rnr mane?kot³ lah korg penah singgah..ehekkk #makjemah08 #tutuwakwaksendu #jemahbuathal #libra #ulat

♬ original sound – Jemah Senah – Jemah Senah

Bukan Burger Daging Tapi Burger Ulat

Menerusi video yang dikongsikan oleh @JemahSenah di TikTok, kejadian tersebut berlaku kepada kawannya. Ia kelihatan makanan tersebut adalah kepunyaan anak kepada kawannya itu namun sebelum menjamah wanita tersebut sempat untuk meneliti terlebih dahulu. “Ya Allah, nasib anak aku tak makan”, ujarnya ringkas sambil merakam ulat-ulat berkeliaran dalam burger daging tersebut.

Beliau juga menulis supaya berhati-hati jika mahu membeli makanan segera di R&R supaya tidak terkena nasib yang sama seperti rakannya.

Jangan Aniaya Pembeli

“Penganiaya kepada orang. Kejadian terkena pada sahabat aku sendiri. korang tak nak tahu ke R&R mana? Kot la korang pernah singgah”, tambahnya lagi di ruangan kapsyen. Walaupun begitu, wanita tersebut tidak membongkarkan sebarang lokasi.

“Kawan saya tanya pada orang yang jual tu, burger baharu ke? Dan dia jawab ye kakak, burger baharu semua”, ujarnya yang mendakwa penjual tersebut mengatakan burger yang dijual masih baharu.

Ni Mesti Burger Yang Dah Siap Bungkus

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa makanan tersebut sudah siap dibungkus dan mungkin ia adalah makanan yang sudah lama terbiar sekurang-kurangnya hampir seminggu.

Kredit: TikTok JemahSenah

[fbcomments]