Seorang lelaki berdepan detik memilukan apabila menerima khabar duka bahawa isterinya terlibat dalam kemalangan maut, manakala anak-anaknya kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Dalam keadaan cemas dan menggigil, dia bergegas ke kaunter tiket bas untuk pulang segera ke Klang, Selangor dari Besut, Terengganu.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS6cdw1tL/
Lelaki Panik Beli Tiket Bas Selepas Terima Berita Isteri Maut, Anak di ICU
Peristiwa menyayat hati itu dikongsikan oleh seorang penjual tiket bas, yang dikenali sebagai kakakbusteng di TikTok. Menurutnya, lelaki tersebut kelihatan panik dan tidak dapat mengawal emosinya ketika cuba mendapatkan tiket perjalanan segera.
Namun, keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila dia dimaklumkan bahawa tiada bas tersedia pada waktu itu, dan dia perlu menunggu sehingga malam untuk menaiki bas seterusnya.
![]()
Situasi tersebut membuatkan penjual tiket berkenaan berasa sebak kerana tidak dapat membantu lebih daripada sekadar memberikan maklumat perjalanan.
Difahamkan, lelaki itu berada di Besut kerana menyertai konvoi motosikal bersama rakan-rakan sebelum menerima panggilan mengenai tragedi yang menimpa keluarganya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan memahami ketakutan yang dialami oleh lelaki berkenaan.
Ramai turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan dia dapat pulang dengan selamat untuk bersama anak-anaknya di saat sukar ini.
![]()
![]()
Kredit: TikTok kakakbusteng