fbpx

Di Kedah, kisah kehidupan seorang pesakit strok, Ishak Darus atau dikenali sebagai Pak Aq kembali menjadi isu hangat di media sosial sejak semalam. Walau bagaimanapun, warga emas berusia 77 tahun itu berjaya keluar daripada kediaman yang didiami selepas dipujuk oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukannya.

Terima kasih

Menerusi laporan Harian Metro, isteri kepada Ishak Darus iaitu Jamaliah bersyukur dapat mendiami rumah baru yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik, terutamanya menjelang Ramadan, Jumaat ini.

“Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit.”

“Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini.

Bukan tidak berusaha pindah

Jamaliah berkata, sebelum ini, keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah lebih elok di sekitar bandar raya ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi.

“Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai.

“Malah, kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai.”

[fbcomments]