fbpx

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Ketika ini sedang berlangsung alasan penghakiman bagi enam lagi pertuduhan terhadap beliau.

[fbcomments]