fbpx

Pertemuan ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen.

Video rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: “Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi”.

terpisah dgn kawat duri. 😥😑

Posted by Wan Yoshiki on Isnin, 25 Mei 2020

Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.

[fbcomments]