“Termometer infra merah tidak memancarkan radiasi dan ia selamat digunakan bagi menyukat suhu badan”-Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer infra merah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak.
Menurutnya alat itu direka bentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran infra merah daripada permukaan kulit yang kemudiannya diubah menjadi isyarat elektrik.
“Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.
Oleh kerana termometer infra merah tidak memancarkan radiasi, ianya selamat untuk digunakan.”