Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya dipulangkan kepada keluarganya selepas lebih 45 minit berada tanpa pengawasan di hadapan sebuah restoran di Raub pada Isnin.

Kanak-kanak itu ditemui seorang lelaki yang melihatnya berjalan sendirian di kawasan parkir sebelum membawa mangsa ke Balai Polis Raub bagi memastikan keselamatannya.

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertinggal di Restoran Selamat Dipulangkan Kepada Keluarga

Menurut Polis Daerah Raub, pihak mereka berjaya menghubungi keluarga kanak-kanak terbabit, yang hadir ke balai polis sekitar jam 4 petang untuk mengambil anak mereka.

Siasatan mendapati, keluarga itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Tersan, Dong dan berhenti di restoran berkenaan sekitar jam 12 tengah hari untuk makan dan menyelesaikan beberapa urusan. Rombongan keluarga menaiki dua kenderaan berasingan dan berlaku salah faham apabila ibu bapa mangsa menyangka anak mereka berada dengan kakak si ibu yang menaiki kenderaan lain.

Mereka hanya menyedari kehilangan anak itu setelah tiba di Kuala Lumpur apabila si ibu bertanya mengenai keberadaan anaknya.

“Mereka hanya menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut apabila tiba di Kuala Lumpur, apabila si ibu bertanyakan kepada kakaknya tentang keberadaan anaknya. Pada ketika itu barulah mereka sedar bahawa mangsa sebenarnya tertinggal di Raub,” katanya.

Polis menzahirkan penghargaan kepada lelaki yang bertindak cepat menjaga keselamatan kanak-kanak tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa. Pihak polis turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati terhadap pergerakan anak, terutamanya ketika dalam perjalanan jauh atau melibatkan lebih daripada satu kenderaan, bagi mengelakkan insiden berisiko yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak.

Kredit: Facebook Polis Daerah Raub

 

[fbcomments]