Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan juga sebenarnya turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Masjid tutup, tiada alasan meninggalkan solat
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohammed Sunaini Yusop, dia telah memuat naik satu video memaparkan seorang penghantar makanan sedang solat di depan pintu pagar surau.
Hal ini kerana ketika ini surau dan masjid terpaksa ditutup berikutan langkah kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19.
Berdasarkan status yang dikongsi itu, video tersebut menunjukkan ianya di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana. Disini jelas menunjukkan bahawa tiada alasan untuk anda meninggalkan solat walau apa cara sekali pun.