Dengan penggunaan media sosial yang semakin berleluasa sekarang, ramai orang yang menggunakan platform ini untuk berkongsi kisah-kisah indah untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang kelak. Tidak terlepas juga dengan pasangan suami isteri yang kini kian menakluki laman-laman sesawang yang ada dengan berkongsi momen manis mereka.

Namun, tidak semua yang dilihat indah khabar dari rupa. Baru-baru ini seorang pempengaruh atau influencer telah diceraikan melalui sepucuk surat yang dikirim oleh suami tanpa pengetahuannya.

Pernikahan Takkan Bertahan Kalau Salah Seorang Saja Yang Berjuang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayi_stari yang telah meraih 6.1 juta tontonan bersama 305.1 ribu likes di laman TikTok itu membuat para netizen Malaysia mahupun Indonesia terkejut mendengar khabar berita itu. Pasangan Habibie dan Suryani yang dulunya dilihat manis bersama, kini rebah.

Ikatan pernikahan mereka akhirnya terlerai dengan cara yang pilu dan menyedihkan.

@ayi_stari

AIR MATA YANG TERAKHIR (IN SYAA ALLAH) 🥹❤️

♬ suara asli – Suryani Wahyu Lestari – Suryani Wahyu Lestari

Tidak Sangka Menerima Surat Cerai Dikala Menunggu Kepulangan Suami

Menurut Suryani, suaminya telah lama mendiamkan diri tanpa seorang pun yang tahu dimana keberadaannya. Namun selepas tiga hari, beliau memaklumkan bahawa dia menerima sepucuk surat melalui perkhidmatan pos yang dikirimkan oleh Habibie. Paling tidak disangka, dirinya itu telahpun diceraikan menerusi surat yang dikirim dari ekspedisi.

Berada Di Titik Terendah, Netizen Tidak Henti Doakan Yang Terbaik

Meninjau di ruangan komen Suryani yang dibanjiri netizen, kesemua dari netizen telah meninggalkan komen dan doa yang terbaik buat beliau agar dapat terus berjuang dan bertahan meskipun kini beliau harus berdiri seorang diri, tanpa orang kuat disisi.

Kredit: TikTok ayi_stari

[fbcomments]