Pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Saiful Apek, baru-baru ini mengejutkan ramai dengan pendedahan tentang rahsia keluarganya yang hanya diketahui selepas pemergian ibu angkatnya.
Kisah ini dikongsi menerusi sesi temu bual di Dol’s Podcast, di mana Saiful berkongsi pengalaman yang tidak pernah dibuka kepada umum sebelum ini.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS6shLQD4/
Tidak Dibenarkan Cium Jenazah Ibu, Saiful Apek Dedah Rupanya Dirinya Anak Angkat
Menurut Saiful, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, beliau hanya menyedari statusnya sebagai anak angkat pada usia 21 tahun.
Perkara ini terbongkar dalam situasi yang penuh emosi ketika beliau ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ibu angkatnya.
“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara-suara dekat dalam ramai-ramai orang cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.
“Mereka kata arwah bukan mahram saya kerana saya adalah anak angkat dan tidak pernah disusukan oleh arwah,” jelasnya.
Saiful turut mengimbas kembali detik-detik awal kehidupan bersama ibu angkatnya. Beliau mendedahkan bahawa sejak berusia seminggu, dirinya telah dijaga oleh wanita tersebut yang tidak pernah melahirkan anak akibat masalah kesihatan.
“Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak sempat disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan,” tambahnya lagi.
Walaupun mendapat halangan, Saiful menegaskan bahawa beliau tetap mahu mencium jenazah ibu angkatnya sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang terakhir.
Keputusan itu, menurutnya, dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai seorang anak yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu angkatnya.
Kredit: TikTok dolspodcast