Kerajaan Israel dilaporkan telah mengerahkan badan perisikannya, Mossad untuk membantu mereka dalam membeli kit ujian coronavirus dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Meminta bantuan dari negara Muslim
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Sindo News pada Sabtu lalu, Israel dilaporkan sedang berada di dalam krisis kekurangan peralatan perubatan bagi membantu rakyat mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.
Disebabkan itu, kedutaan besar Israel dan Mossad dikerahkan tenaga mereka untuk mencari semua peralatan perubatan di negara-negara luar, termasuk negara muslim.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan menggunakan kepakaran Mossad kerana organisasi ini mempunyai hubungan yang meluas dengan negara luar bagi mencari peralatan perubatan.