fbpx

Menjadi pempengaruh atau influencer pada masa kini adalah ibarat karier yang sangat digemari oleh semua orang kerana mereka memperoleh pendapatan yang tinggi. Namun, ada juga segelintir dari kumpulan mereka ini mengambil kesempatan ke atas sesiapa dengan mengenakan gelaran “influencer” untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan secara percuma ataupun mengenakan bayaran yang tidak masuk akal.

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Kena Bayar RM1800 Untuk Review Makanan

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh @alinkiwi di laman TikTok, beliau memberitahu bahawa terdapat seorang individu yang menggelar dirinya sebagai TikTok “famous” datang ke restoran ayahnya untuk membuat review.

“Ada seorang tu dia tiktokers tau, so dia nak review kedai makan. So ayah i cakap okay lah review lah. Tapi dia cakap pakcik kena bayar RM1800 untuk viralkan”, luah wanita itu dengan rasa geram. Beliau menambah lagi tiktokers tersebut boleh beri bayaran murah sedikit iaitu RM1500.

Jangan Menipu Warga Tua Sebegini

You tak payahlah suruh bayar review. Biasanya yang datang kedai ayah i macam food ranger yang subscriber 2 juta lebih datang kedai ayah i buat review tak berbayar satu sen pun”, tambah wanita tersebut. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan olehnya, tiktoker terbabit yang mempunyai pengikut seramai 100 ribu di TikTok meminta bapanya untuk membayar sebanyak RM1800 untuk membenarkan mereka tularkan restoran dengan menggunakan khidmat pengaruh yang mereka peroleh.

“Cukup-cukuplah orang dah tua. Janganlah menyusahkan pakcik-pakcik dengan benda-benda minta duit macam ni”, ujarnya.

Senang Buat Kerja

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut amat marah dengan situasi yang berlaku.

Kredit: TikTok alinkiwi

[fbcomments]