Seorang pempengaruh yang juga aktivis kemanusiaan misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs tampil memohon maaf selepas tindakannya membaling coklat ke laut ketika menyertai misi bantuan ke Gaza mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen.

Pempengaruh GSF 2.0 Mohon Maaf Selepas Tindakan Campak Coklat Ke Laut

Menerusi kenyataan di media sosial, Haroqs menjelaskan perbuatan tersebut dilakukan atas niat untuk memastikan bantuan sampai kepada kanak-kanak di Gaza walaupun dengan cara yang tidak biasa. Beliau turut mengakui tindakannya mungkin tidak disenangi sesetengah pihak serta memohon maaf sekiranya ia dianggap tidak wajar atau menjejaskan imej alam sekitar laut.

Sebelum ini, satu rakaman video memaparkan beliau membaling beberapa pek coklat ke laut dari atas kapal misi kemanusiaan tersebut tular di platform media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi. Sebahagian pengguna menyokong tindakan itu sebagai simbol solidariti terhadap Palestin, namun ada juga yang mengkritik kerana berpendapat ia berpotensi mencemarkan laut serta mengganggu hidupan marin.

Dalam penjelasan sama, Haroqs turut menegaskan harapannya agar bantuan tersebut sampai kepada kanak-kanak di Gaza dan beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan sambil menyatakan sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan berterusan.

Kredit: Threads haroqs

 

 

 

[fbcomments]