Tindakan seorang penghantar makanan yang membantu seorang ibu mencari roti kegemaran anaknya yang menghidap autism di awal pagi telah mendapat pujian ramai.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai nxjmxe, yang memuat naik rakaman sewaktu membantu wanita tersebut di tepi jalan sekitar jam 3 pagi.

@nxjmxe

Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage

♬ original sound – nxjmxe. – nxjmxe.

Rider Prihatin Bantu Wanita Berjalan Kaki Jam 3 Pagi Demi Anak Autism

Menurut rider itu, dia secara tidak sengaja terserempak dengan wanita berkenaan yang sedang menolak stroller anaknya. Prihatin dengan keadaan mereka, dia bertanya mengapa wanita itu keluar pada waktu sedemikian. Wanita tersebut menjelaskan bahawa dia sedang mencari roti kegemaran anaknya, tetapi kedai yang mereka tuju tidak mempunyai roti tersebut.

Tanpa berlengah, rider itu menawarkan diri untuk membantu. Dia segera menaiki motosikal dan ke beberapa kedai berdekatan untuk mencari roti yang dimaksudkan. Setelah berjaya mendapatkan roti tersebut, dia menyerahkannya kepada wanita berkenaan. Kanak-kanak itu terlihat gembira menikmati roti kegemarannya dan menemani rider tersebut hingga selesai makan.

Namun begitu, rider berkenaan memilih untuk tidak menghantar wanita itu pulang ke rumah kerana khuatir mereka berasa tidak selesa.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial, dengan ramai netizen memuji tindakan rider itu yang penuh empati. Mereka turut mendoakan kesejahteraan wanita dan anaknya.

Bagi sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak autism, mereka memahami keperluan untuk memenuhi kehendak anak walaupun ia memerlukan pengorbanan besar. Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, di mana usaha memenuhi keperluan anak istimewa seringkali menjadi keutamaan, walaupun terpaksa mengambil risiko.

Kredit: TikTok nxjmxe

 

[fbcomments]