Pasangan kekasih berjaya ditahan kerana meninggalkan mayat bayi perempuan di hadapan sebuah masjid di Sungai Way Petaling Jaya.


Tangkapan ke atas lelaki tempatan berusia 25 tahun dan wanita Indonesia itu dilakukan di sebuah hotel di Jalan SS3/39 selepas pihak polis menerima laporan daripada iman masjid berhubung penemuan mayat bayi berkenaan.

Mayat bayi berusia 4 bulan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mayat bayi berusia empat bulan itu ditinggalkan di dalam bungkusan beg plastik bersama satu nota.

Berdasarkan nota itu, suspek meminta pihak masjid menguruskan jenayah anaknya dengan alasan tidak tahu menguruskan jenazah.

Selain itu, suspek mendakwa menjadi mangsa buangan keluarga kerana kelahiran bayi tersebut dan mendakwa menjadi mangsa buangan keluarga kerana kelahiran bayi tersebut.

Menurutnya lagi, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di hadapan masjid, pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek.


Mereka mengaku meninggalkan mayat bayi tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Kini kedua-dua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

[fbcomments]