Dikala diri berhati-hati ketika mahu pulang ke kolej disamping keluarga menunggu keberadaannya, seorang pelajar maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan keadaan yang tidak diduga.

Nawawi Tarmizi atau dikenali sebagai Awie telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh punca dari kecederaan parah yang dialaminya.

Kakak Mahu Heret Orang Yang Langgar Lari Adiknya Itu

Menurut sumber Mstar, kakak kepada mangsa iaitu Siti Nur Syafiqah mahukan keadilan untuk keluarganya selepas kejadian langgar lari yang terjadi keatas adiknya itu. Syafiqah yang tidak menyangka tentang pemergian adiknya secara mengejut ini telah membuat hatinya berkecai selepas mendapat panggilan tentang khabar duka itu.

“Waktu tu pukul 12 tengah malam, Isnin, Awie sepatutnya pulang ke kolej di Food Institute of Malaysia (FIM) di Kelana Jaya dari rumah kami di Setapak, Kuala Lumpur. Dia ada bekerja sambilan di restoran berdekatan rumah kami”, ujar kakak mangsa.

Beliau turut menambah mangsa balik ke kolej kediaman pada malam itu iaitu pada hari Isnin kerana ada kelas, dan mangsa hanya bekerja sambilan pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. “Tiba-tiba nombor Awie berdering, ingatkan nak beritahu dah sampai, tapi orang lain yang ada dalam talian. Rupanya dia kemalangan, orang yang jumpa dia call kami”, katanya.

Peluang Tipis Untuk Diselamatkan, Badan Macam Diseret Sampai Keluar Isi Daging

“Bahagian kanan badan dia banyak kecederaan, ada tulang patah, kepala dia sampai nampak tengkorak, macam dia diseret atas jalan tar sampai terkeluar isi daging”, kata Syafiqah ketika ditemubual Mstar.

Nawawi akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang Isnin bersama Syafiqah disisi setelah beberapa jam bertarung nyawa.

“Jenazah Awie dikebumikan lepas Isyak pada hari yang sama di tanah perkuburan Sungai Buloh, Selangor, dekat dengan kubur arwah mak saudara kami”.

Menurut Syafiqah, beliau serta keluarga sudah reda dengan pemergian adik tercinta, namun bila melihat semula rakaman video kemalangan yang sudah viral itu, ia seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Ini Dikira Pembunuhan. Kami Nak Orang Tu Bertanggungjawab

“Saya nak keadilan untuk Awie walaupun itu tak akan bawa dia kembali. Siapa pelaku, itu kami nak tahu. Kami rayu. Kami perlukan penutup supaya kami boleh berdamai”, itulah kata-kata yang penuh hiba dikeluarkan oleh kakak mangsa.

Menurut Syafiqah lagi, mereka ada meminta untuk melihat CCTV selepas membuat laporan polis tetapi hanya diberikan separuh atas sebab-sebab tertentu.

“Kami ada nampak Proton Saga warna merah menghampiri motosikal Awie, dekat sangat, lagi sikit nak bergeser. Rakaman sampai situ je, kami tak nampak macam mana kemalangan tu berlaku”, tambah Syafiqah.

Sebelum kejadian berlaku, Syafiqah ada perasan beberapa hari sebelum dia pergi, Awie banyak termenung. Dia juga ada titipkan pesanan dengan mengatakan jika apa-apa terjadi, jaga adik bongsu kami kerana hubungan Awie dan adiknya yang ketujuh itu sangat akrab.

Kredit: Mstar

[fbcomments]