Personaliti media sosial yang juga anak saudara isteri Anang Hermansyah, Ashanty iaitu Millen Cyrus ditangkap pihak berkuasa Indonesia kerana kes dadah.


Selebriti dan juga personaliti media sosial yang cukup popular berasal dari Indonesia, Millen Cyrus telah ditangkap oleh pihak polis kerana didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Duduk penjara lelaki atau wanita

Tapi apa yang menarik perhatiannya, sejak berita ini tersebar, ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Millen ditempatkan di dalam lokap. Bersama lelaki ataupun wanita?

Hal ini kerana Mellen merupakan seorang transgender. Berjantina lelaki dan bertukar menjadi wanita.


Walau bagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab apabila pihak polis telah memutuskan dan mengumumkan bahawa Millen ditahan dalam sel tahanan lelaki, sesuai dengan namanya di kad pengenalan.

Iya, Millen yang sering berpewatakan dan berpakaian wanita adalah seorang lelaki. Nama asalnya adalah Muhammad Millendaru Prakasa Samudra. Dia kemudian mengaku sebagai transgender dan memperkenalkan dirinya sebagai Millen Cyrus.

Dia akan dimasukkan ke sel lelaki, sesuai dengan jenis jantina yang tertera pada kad pengenalannya. Kad pengenalannya menunjukkan dia lelaki.

Mohon maaf kerana telah berbohong

Dalam masa yang sama, Millen turut meminta maaf kerana selama ini dia berbohong kepada keluarga dan netizen dengan mengatakan dirinya mengamalkan gaya hidup sihat termasuk sering bersenam untuk kekal cantik.

Saya nak minta maaf kepada seluruh keluarga. Saya salah. Saya telah mengambil dadah dan juga meminum alkohol.

Saya sangat menyesal. Tolong jangan tiru perlakuan buruk saya. Jauhi dadah.

Untuk pengetahuan, lelaki berusia 21 tahun ini juga sebelum ini kerap memberikan kontroversi termasuk mendedahkan mengenai pembedahan payu dara terbaru ini dia telah mengaku dirinya hamil!

Chop! Awang musykil lelaki boleh hamil ke??? Ce tanya Sajat. EH!

[fbcomments]