Seorang penumpang cedera apabila komuter tiga gerabak yang dinaikinya bergesel dengan sebuah kereta api elektrik (ETS) berhampiran Stesen Kuang.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Kamarulzaman Zainal berkata 29 penumpang komuter dan 93 penumpang ETS yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pada 6.37 petang itu.
Beliau berkata insiden berlaku ketika tren komuter itu dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar menuju ke Stesen KL Sentral.
Satu landasan antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang tidak terhalang dan masih boleh digunakan untuk perkhidmatan tren lain.
Kita jangka berlaku sedikit kelewatan bagi perkhidmatan tren itu.
Kesemua penumpang ETS dipindahkan menaiki ETS berikutnya untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi masing-masing sementara kerja membaik pulih dijalankan.
Siasatan terperinci juga dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.