Baru-baru ini, Menteri Agama Malaysia, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada berkongsi di Twitter nya mengenai pengalaman beliau menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk para Banduan Akhir (BA) di Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh.
Sebenarnya setiap kali bulan Ramadan, Dr. Zulkifli akan menganjurkan majlis di kedua-dua penjara tersebut. Namun, pada tahun ini ianya sangat berbeza dari sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau juga sempat berkata dan memohon doa dari Banduan Akhir tersebut:
“Tuan-tuan doakan saya jadi menteri yang buat kerja kerana Allah, ya? Doakan moga-moga kita bertemu di syurga nanti…”. Pesanan saya disambut dengan gemaan “Aamiiinnn…” oleh para BA.