Sebuah rakaman pendek berdurasi 11 saat mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia memaparkan seorang murid lelaki bercakap dengan nada kasar kepada seorang guru wanita di dalam kelas.

@abangpansheng

MUNGKIN KITA CUMA BERBEZA PENDAPAT SIKIT LA BRO HMMM…. #pansheng #suryasebatang

♬ A comical comedy orchestra(1610450) – LeonardoFujimura

“Saya Datang Sekolah Jumpa Girlfriend” – Tindakan Murid Biadab Undang Kecaman

Dalam rakaman yang kini tular, murid berkenaan dilihat tidak menunjukkan rasa hormat kepada gurunya dan dengan nada angkuh mendakwa kehadirannya ke sekolah bukanlah untuk belajar, sebaliknya hanya untuk bertemu teman wanitanya.

“Saya datang sekolah nak jumpa saya punya girlfriend, bukan untuk belajar,” katanya.

Guru wanita yang berada dalam video tersebut kelihatan tenang namun jelas sudah lama bersabar dengan sikap pelajar terbabit. Beliau turut memaklumkan akan menghantar rakaman itu kepada pihak berkaitan.

“Terima kasih buat pengakuan, saya nak hantar (video),” balas guru tersebut.

Kejadian tersebut turut disaksikan pelajar lain yang hanya mendiamkan diri tanpa mencelah. Tidak dinyatakan dengan jelas latar belakang insiden berkenaan atau apakah kesalahan asal yang dilakukan oleh murid itu, namun tindakannya tetap dianggap tidak wajar dan mencerminkan kurangnya adab terhadap seorang pendidik.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap murid itu yang disifatkan sebagai tidak sopan dan keterlaluan.

Sebahagian pula berpendapat bahawa remaja itu mungkin menghadapi tekanan atau masalah peribadi, termasuk dari keluarga, yang boleh menjadi faktor kepada kelakuan sedemikian.

Dalam situasi sebegini, ramai berharap agar pihak sekolah dan keluarga dapat mengambil pendekatan terbaik bagi membimbing semula pelajar terbabit agar lebih menghormati guru dan menghargai peluang menimba ilmu.

Kredit: X kamaghul, TikTok abang pansheng

 

[fbcomments]