Selepas video tular memaparkan seorang lelaki kurang upaya berjalan dalam hujan untuk membeli makanan mencuri perhatian ramai, keluarga lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan bagi membetulkan beberapa maklumat yang kurang tepat berkaitan keadaannya.

@ustazebitlew

Ziarah abang Jefri sedih rasa. Terima kasih adik yang bantu abang ini semalam dan tularkan. Penerima zakat Negeri Perak Rm300 sebulan. Terima kasih semua yang membantu abang jefri. #abangjefri #fyp #fypシ

♬ original sound – وقاص – وقاص

Keluarga Jefree Perjelas Situasi Sebenar, Minta Hentikan Salah Faham & Hormati Privasi

Lelaki yang dikenali sebagai Jefree itu dilihat dalam video berkenaan sedang berjalan seorang diri dalam keadaan hujan sambil bertongkat, sebelum dibantu oleh seorang individu yang kemudian berkongsi rakaman tersebut di TikTok. Video berkenaan mengundang rasa simpati dan sebak netizen yang menyangka Jefree hidup sebatang kara dan tidak mendapat sebarang bantuan.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran oleh sebuah akaun TikTok komuniti, keluarga Jefree menjelaskan bahawa beliau sebenarnya masih mempunyai adik-beradik yang prihatin serta sentiasa menjaga kebajikannya.

“Ibu bapa Jefree memang telah meninggal dunia, tetapi bukan akibat kebakaran seperti yang tular. Malah, dia masih mempunyai adik-beradik yang sangat menyokong dan tidak pernah mengabaikannya,” kata wakil keluarga seperti dikongsi dalam kenyataan tersebut.

Tambah mereka lagi, Jefree juga sudah menerima bantuan sewajarnya daripada pihak berkuasa tempatan, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), serta pihak-pihak lain sebelum video berkenaan tular.

Dalam pada itu, keluarga turut menjelaskan bahawa tularnya kisah berkenaan menyebabkan rumah Jefree menjadi tumpuan ramai sehingga sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Mereka berharap agar semua pihak dapat menghormati privasi dan keadaan semasa Jefree yang masih dalam proses pemulihan, terutama dari segi mental dan emosi.

“Kami tidak memerlukan sebarang bantuan tambahan. Cukuplah jika orang ramai mendoakan kesejahteraan Jefree dan memberikan ruang untuk dia meneruskan kehidupan dengan tenang,” ujar mereka lagi.

Kredit: TikTok storie.my

 

[fbcomments]