Baru-baru ini tular sebuah rakaman video memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Plentong, Johor, pada awal pagi Rabu lalu.
![]()
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/r/1CFGJF1okb/
Tular Video Pemandu Singapura Isi RON95, KPDN Johor Jalankan Siasatan
Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.55 pagi itu mencetuskan pelbagai reaksi kerana RON95 merupakan bahan api bersubsidi yang hanya diperuntukkan kepada rakyat tempatan. Situasi tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai tahap penguatkuasaan larangan pembelian petrol RON95 oleh kenderaan asing, khususnya selepas pelaksanaan program BUDI95.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, memaklumkan siasatan telah dijalankan sebaik sahaja rakaman itu tersebar. Pasukan penguat kuasa negeri telah dihantar ke stesen minyak terbabit di Taman Sierra Perdana, Mukim Plentong, bagi mendapatkan maklumat lanjut.
![]()
Beliau berkata, sekiranya siasatan mendapati terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, kertas siasatan akan dibuka sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Kredit: Sinar Harian