Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular selepas ia memaparkan seorang wanita mencuri bungkusan penghantaran di sebuah apartmen, menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 23 saat itu, wanita terbabit dilihat bersungguh-sungguh merangkak dan meniarap bagi mendapatkan parcel yang diletakkan di ruang berkunci di hadapan pintu kediaman.

@syahanahana

Buat kerja time orang keluar bekerja

♬ why? why? Exciting cute BGM – NaruIDEA

Wanita Tular Merangkak & Tiarap Curi Parcel Di Apartment, Hanya Isi Ubat Ulser

Pemilik parcel yang dikenali sebagai Hana, menjelaskan kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 3 hingga 4 petang ketika kebanyakan penghuni sedang bekerja. Wanita tersebut berjaya mengambil bungkusan walaupun pada awalnya gagal mencapainya. Hana memaklumkan bahawa parcel tersebut hanya mengandungi ubat ulser mulut, sekali gus menjadikan tindakan pencurian itu kelihatan tidak berbaloi.

Menurut Hana, suspek kemungkinan bukan penghuni tempatan dan ia bukanlah kali pertama insiden seumpama itu berlaku di kawasan kediaman berkenaan.

“Parcel diletakkan dalam ruang berkunci, tetapi tetap diambil. Kejadian ini berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah. Rasanya dia datang dari luar kawasan,” katanya.

Rakaman video itu telah menarik pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan pemilik bungkusan dan menasihatkan supaya lebih berhati-hati. Antara cadangan yang diberikan ialah menggunakan bungkusan palsu sebagai langkah pencegahan atau memasang kamera tambahan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Selain itu, netizen juga mengingatkan pemilik untuk membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek. Hana berkata beliau tidak menyangka bahawa bungkusan yang dicuri hanya berisi ubat jenis gel, namun tetap bersyukur kerana rakaman video membolehkan suspek dikenalpasti.

Kredit: TikTok syahanaha

 

[fbcomments]