Tular di media sosial satu video yang memaparkan pergaduhan antara beberapa individu yang berlaku di hadapan sebuah gerai makanan.
Berpunca daripada mercun
Menerusi laporan Berita Harian, pergaduhan didakwa berpunca daripada seorang individu yang bermain mercun sehingga hampir terkena seorang pekerja gerai makan terbabit. Kejadian yang berlaku di Wakaf Che Yeh, Kelantan itu telah menyebabkan pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Di video tu juga kelihatan seorang wanita telah dipercayai ditampar oleh seorang lelaki. Beberapa individu di tempat kejadian turut cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku.
Tak perlu gaduh
Pada awalnya tidak timbul isu besar dan hanya disebabkan seorang bermain mercun dan hampir terkena pekerja kedai nasi ayam, maka berlaku pergaduhan dan ada yang tular di media sosial.
Akibat pergaduhan itu, ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan ringan disebabkan ada yang ditampar dan ditarik rambut, selain membaling menggunakan peralatan dapur.
Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan 427 Kanun Keseksaan kerana mengkhianat.
Menurut Ketua Polis Kelantan, kesemua yang terlibat termasuk anak beranak dan pekerja kedai makan tersebut telah ditahan. Kejadian itu telah menyebabkan beberapa individu cedera ringan akibat ditampar, ditarik rambut dan dibaling objek yang dipercayai peralatan dapur.
Tambahnya lagi, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ianya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf.