Siapa sangka, sebuah negara Islam yang dahulunya cukup tegas mengamalkan undang-undang Islam yang ketat seperti UAE (United Arab Emirates) atau Emiriah Arab Bersatu kini telah berubah.

Terbaru, Daily Mail melaporkan UAE sudah membuat rombakan secara drastik dalam sistem undang-undang syariah Islam negara tersebut.

Boleh minum arak & bersekedudukan

Antara undang-undang yang baru dilaksana adalah membenarkan pengambilan alkohol secara terbuka manakala pasangan yang belum berkahwin turut dibenarkan untuk tinggal bersama.

Untuk maklumat, selama ini mereka telah mengharamkan meminum arak kecuali jika anda mempunyai lesen untuk membeli dan meminumnya di rumah, bukan di tempat awam atau tempat terbuka.

Malah, dahulunya UAE turut tidak membenarkan mana-mana pasangan tinggal sebumbung jika belum bernikah.

Susulan jalinan hubungan dengan Israel

Difahamkan, rombakan tersebut dibuat atas dasar menambah baik ekonomi dalam usaha untuk menarik pelancong asing dan golongan profesional datang ke negara tersebut.

Menurut Mirror UK, rombakan ini dilakukan atas susulan dari jalinan hubungan yang dibuat dengan negara Israel baru-baru ini. Katanya ia adalah untuk memacu peningkatan kedudukan ekonomi dan sosial dengan menggabungkan prinsip toleransi UAE.

Bukan itu sahaja, malah tindakan bunuh diri atau cubaan bunuh bukan lagi dianggap sebagai satu jenayah di UAE selain undang-undang penceraian dan warisan juga telah dirombak.

[fbcomments]