Memori membentuk personaliti dan peribadi seseorang. Terdapat banyak memori yang terbuku dalam minda kita baik yang indah mahupun pahit. Momen indah bermain basikal ke bendang, hari pertama dihantar ibu ke tadika, memori disengat lebah yang boleh membuat kita tersenyum mengenang zaman kanak-kanak yang bebas tanpa beban tanggungjawab.
Memori pahit yang masih terpahat
Ada pula, memori menyakitkan seperti kehilangan kucing kesayangan, terlibat dalam kemalangan dan dikhianati orang tersayang meskipun telah memberi sehabis baik kepada mereka. Terutamanya memori pertelingkahan dan setiap titik hitam yang telah mengubah hidup selamanya.
Adakah lebih baik jika kita dapat mengubah dan memadam memori tentang perkara ini?
Adakah kita akan lebih bahagia?

Ada agensi boleh padamkan memori
Jika ada sebuah agensi yang dapat memadam memori, adakah korang akan lakukan perkara tersebut? Boleh teruskan hidup macam biasa tanpa perlu menangis setiap malam, mengenang nasib diri. Macam seronok kan?
Lebih kurang macam video di bawah ni:
Apabila Electric Dust Agency memperkenalkan inovasi terbaru iaitu mengubah memori, ramai yang menyokong perkara ini. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita dengan trauma lalu,ini merupakan suatu inovasi hebat. Sehinggalah CEO EDA sendiri mengalami perkara-perkara aneh yang mengelirukan!
Pada pendapat min, ubah memori ni ada keburukan dan kelebihan yang tersendiri. Mungkin masing-masing ada pendapat tersendiri. Cuma apabila kita padam memori, kita perlu ingat, karakter dan personaliti kita juga mungkin akan berubah.
Pengajaran dengan pengalaman pahit
Sama ada kita suka atau tidak, memori buruk sememangnya memberi pengajaran hidup. Ianya menambah personaliti dalam diri kita seperti sikap lebih berwaspada, tabah, dan lebih bijak membuat keputusan. Jika kita mengubah atau menghapus memori tersebut, kita mungkin kehilangan peluang untuk belajar dan berkembang.
Pengalaman yang pahit mungkin memberikan kita wawasan tentang diri kita sendiri, hubungan, atau keputusan yang perlu dibuat. Jika kita mengubah atau menghapus memori tersebut, kita mungkin kehilangan peluang untuk belajar dan berkembang.
Betul ke akan bahagia?
Realitinya, kebahagiaan tidak semata-mata bergantung pada memori. Faktor-faktor seperti hubungan sosial, karier yang seimbang, kesejahteraan emosi, dan kesihatan fizikal juga memainkan peranan penting dalam kebahagiaan kita. Jadi, walaupun kita mengubah memori kita, ia tidak menjamin kebahagiaan yang sejati.
Perjalanan hidup boleh berubah
Selain itu, memori juga adalah sebahagian daripada naratif hidup kita. Mengubah memori kita secara drastik boleh menyebabkan kecelaruan dalam identiti dan tingkah laku. Kita juga mungkin kehilangan orang yang kita sayang yang terkait dengan memori tersebut.
Pilihan yang tidak jelas
Jadi, adakah kita akan menjadi lebih bahagia jika kita dapat mengubah memori kita? Jawapannya tidak jelas. Memori yang diubah boleh membawa manfaat tertentu, tetapi juga mungkin mengorbankan aspek penting dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya
Setiap memori adalah sebahagian daripada kita, dan menerima diri kita dengan semua pengalaman yang membentuk kita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan yang mendalam.